"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang pada jalanNYA dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka itu seperti suatu bangunan yang tersusun rapi"

(Surah As Saff:4)

ikHwAn akHaWat

Friday 5 August 2011

ThE NeW mE aFTer RaMAdHaN . . . . . . .

Ya Rabbi, 
lembutkanlah hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah redha dengan perkongsian ini~

*************
'sejak bila wei dia jadi macam tu?' , 
'tiba-tiba je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul ke tu Aisyah?macam ustazah la pulak.'


 di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil mengukir senyuman, 

'Assalamualaikum Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman buat sahabat kesayangannya.

dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu,
apa tidaknya, sebelum sebulan cuti yang jatuh pada bulan Ramadhan, dia seorang yang bergaya, pakai selendang, baju vogue, dengan baju ikut curve body, legging dan heals.

selepas Ramadhan? penampilannya berubah terus!
 bertudung labuh, berjubah, memakai kasut, sejuk mata memandang, aurat terpelihara ditutup sempurna.

'waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? lepas bulan puasa terus berubah, asal?tak nak kawan dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke ni???'

'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila taw!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua. 
doanya di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu, lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah, 
moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'

*************
Penghijrahan...

Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai baju macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T. 

alhamdulillah.

kemudian dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati mereka.

'famili aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ustazah'
'boleh ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'
'Allah boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.
  


Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan, 

mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas belajar,suka menipu
Kini, kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85


Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.

Pabila seseorang itu mahu  berubah, ia  memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh, selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas jalan yang diredhai.


berputus asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?


tidak.tidak.tidak. 




"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.


walau jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari, pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sejati. 


setiap ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya? sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214


Manfaatkan Ramadhan sepenuhnya.


Jadikan Ramadhan kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat jahiliyah yang masih melekat pada diri
rebut peluang sebaiknya, jangan biar Ramadhan berlalu sepi, kerna mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.


Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)


Mari sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?

pengakhiran hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian apa yang kita perlu utamakan?
neraca hidup yang mana kita gunakan?

jika ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?

MATI itu pasti berlaku
bagaimana persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah kita untuk bertemu Yang Dicintai?

mari sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan hati tundukkan nafsu

moga kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi

insyaAllah
amin~

~niatkan segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim